Selasa, 11 Oktober 2016

Percubaan Tanam Sayur di Rumah

          Ada satu daya kuasa yang membuatkan saya begitu bersemangat mencuba-cuba tanam sayur di rumah. Tanah tidak lah besar mana pun. Sebenarnya percubaan pertama saya menanam sayur adalah sewaktu saya tinggal di apartmen. Believe or not..itulah yang telah berlaku. Saya tanam pokok basil, pudina, daun kesum, serai, kangkung dan bawang. Kemudian, sebelum saya berpindah ke rumah baru, sempat saya semai anak cili dan bendi. Kebanyakan semaian saya gunakan botol air mineral terbuang dan bekas botol minyak masak. Jimatkan? Ok lah.. tak mau tulis panjang-panjang.. jom saksikan beberapa percubaan tanaman yang telah ditanam dari saya yang masih amatur dalam bidang ini!

Anak sawi bunga dan bayam merah yang di semai dalam bekas botol air mineral terbuang.



Anak kobis.




Anak Cili

Pokok Basil dah berbunga. Alhamdulillah mudah sekarang ni.. nak masak pasta atau pizza.. petik aje basil di pasu. 

Inilah pokok basil tadi masa mula-mula tanam. Kawan saya yang tolong tanamkan ni.

Percubaan tanam kangkung dan daun kesum.

          Oklah.. saya rasa cukuplah perkongsian untuk pagi ini. Nanti kita sambung lagi. Sebelum saya tinggalkan nukilan ni suka saya sertakan di sini 4 tip berkebun guna bekas terpakai yang saya cedok dari website kebun bandar (website yang saya suka rujuk untuk perkara yang melibatkan tanaman. Highly recommended!).
  1. Semai dalam bekas semaian sebelum di alihkan ke tanah atau pasu
  2. Pilih bekas yang sesuai untuk tanaman kita. Kalau sayur-sayuran, bekas kecil sudah memadai.
  3. Pilih tempat yang bercahaya. Tumbuhan memerlukan cahaya untuk membina makanan melalui proses fotosintesis.
  4. Pilih tanah campuran terbaik. Untuk semaian biji benih kompos 100%
Untuk lebih terperinci tentang maklumat tip yang saya sertakan ni bolehlah lawati laman kebun bandar. Sehingga kita berjumpa lagi di nukilan Rhea!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan